Friday, July 31, 2015

I'm back! ...........again.......

Assalamualaikum.

Ya allah..bersawang, berdebu dan berhabuk blog ni... fuhhh..fuhhh... tiup sket.kasi hilang debu..hehehe.

Niat mmg nak berblog tp disebabkan kekangan masa yg mmg terkekang mmg terkekang-kekang lah. Eh? Hahhaha. Paham sendiri je la.

Anak dah masuk 3. Mmg semput hoiiii... berkejar sana, berkejar sini jawabnya memang wassalam lah ye blog ni. Hehehe

So, ini entri pertama kononya comeback sgttttt kan... dan rasanya belum terlambat nak wish selamat hari raya, maaf silap salah cakap, perbuatan, mana termengumpat terkata, sy hanya insan kerdil yg jauh dr kesempurnaan.
3 Permata hati mommy

Thursday, October 2, 2014

Menghintung detik

Menghintung hari..
Detik demi detik......

Ehh...ehh...dah..dah..
Hampir terfeeling² plak.
Mujur blog ni tak merakam suara aku eh.
Kalau tak fengsan lah korang.
Pecah semua sel darah.
Hahahahha.

Aku beria menghintung.
Kira apalah cik kak ni..  
Haa...kira detik² na bersalin....

Bersalin?????
Ye, aku mengandung anak ketiga.
Orang lain dah dok kalut aku mengandung cepat sangat.
Tak tunggu orang dah.
Hahaha...
Alhamdulillah...ini rezeki Allah bagi pada keluarga kecil aku. Allah bagi rezeki dalam bentuk anak. Semoga jadi harta akhirat anak² ini...

Walaupun dah kali ketiga, aku masih eksaiteddddd dengan setiap perkembangan dia...
Aku rasa rindu nak tengok dia.
Tak sabar je rasa. Kalau boleh cepatkan masa... aku lajukan sampai ke due date. 

Aku rasa seronok nak bersalin.
Cakap macam tak sakit je kan? Giler ko tak sakit. Ni antara proses pembersihan dosa, kalau mati masa bersalin, syahid. Allahuakbar.
Jenjaman aku sekolah dulu ustazah pernah bagitau, orang yang tak rasa sakit bersalin adalah orang yang melahirkan anak luar nikah, sebab dosa dia tak keluar masa bersalin. Sebab tu bila bersalin hasil zina, senang² je baby yang suci tu dibuang. Nauzubillah min zalik. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara macam tu. 

Setakat dua kali pengalaman aku bersalin. Ada beberapa perkara yang orang kata sakit atau susah, tapi aku sebaliknya. Tak sebaliknya manalah, ada tapi ta teruk. Atau ini mungkin berkat doa dari suami dan pesan² suami yang banyak. Pertama, sakit ketika ve/seluk cek bukaan jalan. Sungguh aku tak rasa, sikit je rasa, sampai doc tu tanya aku "eh awak tak sakit ke?". Aku senyum geleng² je.
Kedua, masa cucuk wayar nak keluarkan air kencing, dari semua pengalaman orang, memang semua kata sakitlah, pedihlah. Aku tak rasa, aku rasa macam pundi kencing bocor je sebab tiba² je keluar.
Ketiga, masa jahit, rasa sikit² masa doc jahit. Macam semut gigit je. Nyilu² tapi tak lah macam orang kata sakit sampai terjerit².
Haa, korang yang bakal² bersalin tu toksah lah gelabah semacam je bila baca pengalaman orang bersalin.
Lain orang lain rasa sakitnya.

Jadi anak ketiga ni, tetap jantung aku bersamba dengan irama dup dap.
Sekarang baru masuk 25 minggu. Lambat lagi kot. Edd (estimate due date) aku tahun depan. 11 januari.
Hmm..birthday aku 8 januari.
Kalau tersama tarikh lahirkan syoikkkk. Ekekekke. Tp ikut firasat aku, aku rasa macam akan bersalin lebih awal dari tarikh tu. Mungkin 1 januri, mungkin bulan disember.Entahlah. Ini cuma rasa².

Apapun, semoga semuanya lancar. Aminnnn. Aku pon doakan semoga hidup korang berjalan lancar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hai bob. Hai semua, saya bakal jadi penghuni planet bumi tak lama lagi.

















































Thursday, September 11, 2014

resepi 001 : donut gebus gedabass

Assalamualaikum.

Walaupun blog ni tiada pembaca. Tetap aku nak hapdate. Boleh buat rujukan di hari tua. Mungkin.

Walaupun hapdate cuma seminggu sekali. Aku tak kira. Aku tulis jugak.
Kekadang rasa nak menulis. Tapi, almaklumlah ada anak kecil yang amat amat amat aktif. Bukan satu, tapi dua anak.

Walaupun... walaupun.. Walaupun...

Ahh..sudahlah dengan walaupun kau tuhhh jahhhh.
Meh salin resepi donut gebus gedabas ni. Mudah je. Mula mula rasa macam nak salin pastu sedar² korang sudah ngap donut yang ke-8. Ye, bukan korang. Tapi aku. Malu sebentar.



Proses mengembang sebesen

Bentuk yang meriah. Suka plak aku bentuk 4 segi. Potong guna pisau jee.

Tadaaaa!! Comel jugak bentuk 4 segi ehh. Kehkehkeh


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam² kuku
1 pakes yis mauripan
2 sb mentega-cairkan
6 sb gula
3 sb susu pekat manis
1 biji telur

Gula halus secukupnya / coklat masakan / sugar (ikut koranglah nak salut guna apa² cara. Nak paipkan inti pun boleh. Gasak memasing la ye.)

1. Campurkan air suam dengan gula dan susu pekat manis. Kacau rata² pastu masukkan yis. Kacau², tunggu yis naik.

2. Pecahkan telur dan kacau² rata campur dgn mentega cair. Kalau yis tu dah naik, campur dalam bekas yis tu. Kacau rata.

3. Masukkan tepung dalam mangkuk dan lubangkan tepung kat tengah² . Tuang campuran yis tadi dan gaul rata guna senduk. ( aku salin adunan ni dalam bekas lain yang dilengserkan dengan mentega. Supaya bila nak keluarkan tak melekat² .)

4. Tunggu 45minit untuk doh mengembang 2 kali ganda. Tutup dgn tuala atau cling wrap.

5. Tabur tepung kat tempat pencanai dan keluarkan tepung. Letak banyak² tepung kat tangan. Adunan ni memang lembik ye, jangan saspen kata tak jadi plak. Pastu canai dan bentukkan ikut cita rasa.

6. Goreng dengan api sederhana, tak payah tunggu dah dia naik lagi sekali ke apa.

7. Taburkan dengan gula halus. Siap, makanlah. Jangan lupa baca basmallah.

Aku dapat dalam 3 dozen. Goreng 2 dozen, lagi 1dozen goreng separuh masak dan bekukan.

Selamat mendonut. =)




Tuesday, September 2, 2014

Marah?

"Rasa nak marah je hari ni, rasa nak hempuk kerusi kat orang je, rasa nak jerit kat muka orang je"

Choop...choop... 
Oii...garangnya dia marah. Sabar yeee... Kalau awak² rasa nak marah, tengah marah ke, marah sebab dimarahi boss, marah sebab sesaje marah (ehhh, ada ke manusia gini??)...
Haa..meh kita scroll down, baca tips² hilangkan amarah dalam diri awak² tu...

Tips menghilangkan rasa marah dalam islam 

1) Ubah posisi duduk 

Kalau awak² masa tengah berapi² marah masa sedang berdiri, ubah sikit posisi tu kepada duduk. Haip..haip.. bukan meniarap, duduk. Jangan langkau step. 
Dari duduk kepada baring.
Seperti sabda Rasulullah SAW ,

"Apabila salah seorang daripada kamu marah , dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk . Kerana hal itu akan menghilang marahnya . Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring"(Riwayat Muslim)

2) Ambil wudhuk

Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan marah . Sebab berwudhuk ni menyiram api kemarahan. 

"Marah itu datangnya dari syaitan , dan syaitan itu diciptakan dari api , sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air  . Oleh itu , apabila seorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia berwudhuk"(Hadis riwayat Abi Daud)

3) Meminum air 

Meminum air juga boleh meredakan rasa marah . Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan. Sebolehnya minum air sejuk, kang minum air panas kang, dah lah tengah panas, minum air panas bertambah² panasssslah pula kita ni ye.

4) Berdiam diri apabila marah 

Haa..yang ini M sendiri pun syorkan sangat pada awak² masa tengah marah. Sebab bila tengah marah ni syaitan syok dok simbah minyak lagi. Jadi, memang masa ni mulut tengah lancang, dari awak² terkeluar benda² tak patut dan menyesal di kemudian hari, baik diam.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif 
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggikan suara . Tapi seeloknya kita kawal ia baik-baik . 'Try to slow talk' dan tidak memekik atau bersikap garang .

6) Calm and take a deep breath in

Bertenang, tarik napas dendalam. Bagi oksigen kat otak. Lepas tu, slow talk dengan seseorang.

7) Keluar dari rumah 

Kalau rasa diri dah hot melampau, bawalah daku pergi diri keluar dari rumah. Supaya perkara diluar jangkaan tak berlaku.


Doa reda kemarahan :


Maksudnya : " Aku berlindung dari kepada Allah dari syaitan terkutuk . Ya Allah , ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk" 

Friday, August 1, 2014

Pengalaman bersalin anak pertama

Assalamualaikum.

Dulu kemain nak berblog, sudahnya terbiar bersawang juga blog ni. Angan² mat jenin kau ni jahhh. Kesibukkan menjaga dua anak kecil coet kononya. Hehehe.

Masa tengah tidurkan anak² semalam terpikir kenangan masa bersalin. Rasa rugi pula kalau tak di abadikan di mana². Jadi, aku rasa baik aku tanamkan cerita² aku kay blog ni.

Okaylah, panjang benor mukadimahnya ye. Bila nak bercerita ye. Hehehe.

Mari kita mulakan...

21 Ogos 2012

Pukul  2 pagi, balik dari kerja ( masa tu kerja di restoran keluarga mentua ) . Sampai rumah, mandi manda, terus bersiap² untuk tidur. Sebab letih sangat masa tu, letak je kepala terus terlelap.

Aduhhhhh...sakitnya perut..! Aku nak bersalin keee ni. Tunggu dululah. Pas 5minit tak sakit semula. Bukan kot.... aku cuba tidur semula. Alamak, sakit semula... Sah, aku da start contraction ni. Dekat sejam jugalah aku tunggu sebelum kejut suami yang tengah tidur.

Kejutlah suami.. "sayang, saya rasa macam nak bersalin dah ni."
Suami pun macam tak percaya pas tu tanya "betul ke awak nak bersalin ni?" , siap berkerut² muka dia tanya. Dia ingat aku memainkan dia kot. Hahaha.

Terus bersiap² tukar baju gi hospital. Dalam perjalanan tu banyak kali suami aku tanya."sempat tak sampai hospital sayang?" , "awak okay sayang?" , " sakit sangat sayang? Sabar ye sayang..". Risau betul dia =)

Sampai kat hospital, masuk tempat checkup, untuk tengok laluan. 2cm dahhhhhhhh.
Terus kene tahan, masuk ke wad.
Sesiapa yang sakit nak bersalin tu, eloklah jangan pakai baju mengandung, pakai tshirt/blouse dgn skirt ye, supaya mudah segala proses untuk cek perut dan cek jalan.

Da check in wad tu, nurse suh suami balik dulu, sebab katanya bersalin anak sulung ni jalan lambat nak terbuka. Suami dok risau nak tinggal aku, tapi aku pun suh dia balik dulu, kesian dia penat.. pagi esok baru datang semula.

Tgahari suami datang bawa makanan. Time tu aku dah tak selera dah nak makan. Makanan tgahari yang hospital sediakan tu pun aku minta suami aku je makan.

Petang cek jalan lagi, baru 4cm.
Hmm..lambat juga nak buka jalan, sakit memang da teramat.
Mujur suami sentiasa ada. Saat² macam ni suamilah pemberi semangat..

Dalam pukul 6lebih aku memang dah tak tahan sangat. Suami pun panggil nurse. Nurse suh masuk satu bilik, tukar baju yang dia bagi, kene pakai baju tu sahaja one piece. Kira dah nak siap² nak bersalin dah ni.

Anak pertama, lebih sejam juga aku meneran, tenaga habis, masa tu keliling aku dah nak gelap, nurse suruh tahan, jangan bagi pengsan. Suami tak putus² dengan kata² semangat and sentiasa baca ayat² suci.

Ada sorang doc perempuan yang sungguh vogue dan cantik masuk, tetiba..... dia ambil gunting.... aku dalam hati "habissslah akuuuu..sakitttnyaaa" , padahal ta gunting lagi tu.. Tetiba tengok doc letak balik gunting.. aku ingat tak jadi gunting rupanya dah gunting dah laluan supaya tak koyak. Masa kene gunting tu memang tak rasa apa² pun. Then aku teran lagi, keluarlah seorang baby. Alhamdulillah....

Baby tu nurse ambil, and bawa ke bilik sebelah untuk dibersihkan
Masa tu suami aku pun ikut nurse tu. Proses seterusnya aku dijahit sebanyak 3 jahitan, agak nyilu gak masa dia tarik benang ketatkan jahitan tu.

Pas siap, nurse buatkan milo pastu suapkan aku minum. Nurse kat situ semua sungguh baik² belaka, lembut je percakapanya, muka ikhlas buat kerja, banyak bagi kata² semangat. Semua sorak bagi semangat masa tengah teran tu. Syukur aku tak mengalami masalah nurse kasar, sombong atau marah². Aku bersalin kat HTAA ye.

Nurse biarkan berehat kat situ dulu. Aku pun sibuk dok tanya nurse jantina anak aku apa, sungguh aku tak tahu jantina anak apa, kami suami isteri sepakat tak nak tahu jantina anak. Nurse senyum je and kata sekejap ye. Suami dan nurse masuk bilik tu, bawa baby yang masih tak bernama tu. Nurse kata, mari susukan anak dulu, walhal aku takde susu lagi masa tu, nurse kata takpe bagi je. Suami pun senyum lebar je, pas tu cium dahi kata "terima kasih sayang, anak kita perempuan."

Gembira sungguh suamiku.

Segala urusan semua diuruskan oleh suami lepas bersalin tu.
Suami tolakkan kerusi roda ke bilik air, papah aku, tukarkan baju yang penuh dengan darah. Bertuah sungguh aku dapat suami seperti dia.

Setelah balik kerumah pun semua benda suami uruskan. Dari basuh kain sampai ke bakar batu tungku, siapkan air mandian daun serum.

Itulah pengalaman bersalinkan anak pertama yang diberi nama pada hari ke 7 , A`ansha Alexandra NurIslam.

Terima kasih kepada suamiku Mohd Fuzaimie Faizan atas segala jagaan yang cukup sempurna buatku sepanjang proses bersalin berpantang. Terima kasih bob.






Sunday, January 26, 2014

petang yang nyaman, malam yang gigil

assalamualaikum

ahh..nyaman betul petang ni.. angin sepoi-sepoi bahasa. bau asap orang bakar ranting-ranting... duduk di balkoni bersama anak sambil menghirup air perls cafe bersama butter kek.. nyaman...

tapi bila start malam je...makk aihhh..kemain sejukmyaaaa..pijak lantai rasa macam pijak ais. Suhu malam pun turun sampai 19 darjah celcius, rumah tepi bukit kennnn...

biasanya anak pompuan M ni kemain suka mandi. Pantang buka pintu bilik air dia terjah Melodi duluuu.. Tapi sekarang becinta dia na masuk bilik air. Mengigil jer mandi tuu.

budak mandi menggigil
budak ni plak lek je tidur. sedap sujuk kenn


Saturday, January 25, 2014

Bermulanya hidup sebuah blog

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
M adalah pendatang baru dunia blogging. Selama ni dok blogwalking dan jadi silent reader je. Seronok baca blog orang pas tu teringin juga ada blog sendiri. Husband pun bagi green light. apalagi... laju je buat blog.

M ni ibu muda, dah ada dua orang anak... Sepasang.
Suami pun dah ada.. Alhamdulillah..na masuk tahun ketiga dah.. masih bahagia dan berharap terus bahagia selama-lamanya. cehh..poyo..macam kau sorang ada laki . 

Sekarang sedang in proses berpindah ke negeri tumpah darah suamiku..Negeri penyu. Terengganu opkos.
nebes gak nak berpindah keluar dari tempat lahir ni..dah doploh lebih tahun dok sini kennn..