Thursday, September 11, 2014

resepi 001 : donut gebus gedabass

Assalamualaikum.

Walaupun blog ni tiada pembaca. Tetap aku nak hapdate. Boleh buat rujukan di hari tua. Mungkin.

Walaupun hapdate cuma seminggu sekali. Aku tak kira. Aku tulis jugak.
Kekadang rasa nak menulis. Tapi, almaklumlah ada anak kecil yang amat amat amat aktif. Bukan satu, tapi dua anak.

Walaupun... walaupun.. Walaupun...

Ahh..sudahlah dengan walaupun kau tuhhh jahhhh.
Meh salin resepi donut gebus gedabas ni. Mudah je. Mula mula rasa macam nak salin pastu sedar² korang sudah ngap donut yang ke-8. Ye, bukan korang. Tapi aku. Malu sebentar.



Proses mengembang sebesen

Bentuk yang meriah. Suka plak aku bentuk 4 segi. Potong guna pisau jee.

Tadaaaa!! Comel jugak bentuk 4 segi ehh. Kehkehkeh


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam² kuku
1 pakes yis mauripan
2 sb mentega-cairkan
6 sb gula
3 sb susu pekat manis
1 biji telur

Gula halus secukupnya / coklat masakan / sugar (ikut koranglah nak salut guna apa² cara. Nak paipkan inti pun boleh. Gasak memasing la ye.)

1. Campurkan air suam dengan gula dan susu pekat manis. Kacau rata² pastu masukkan yis. Kacau², tunggu yis naik.

2. Pecahkan telur dan kacau² rata campur dgn mentega cair. Kalau yis tu dah naik, campur dalam bekas yis tu. Kacau rata.

3. Masukkan tepung dalam mangkuk dan lubangkan tepung kat tengah² . Tuang campuran yis tadi dan gaul rata guna senduk. ( aku salin adunan ni dalam bekas lain yang dilengserkan dengan mentega. Supaya bila nak keluarkan tak melekat² .)

4. Tunggu 45minit untuk doh mengembang 2 kali ganda. Tutup dgn tuala atau cling wrap.

5. Tabur tepung kat tempat pencanai dan keluarkan tepung. Letak banyak² tepung kat tangan. Adunan ni memang lembik ye, jangan saspen kata tak jadi plak. Pastu canai dan bentukkan ikut cita rasa.

6. Goreng dengan api sederhana, tak payah tunggu dah dia naik lagi sekali ke apa.

7. Taburkan dengan gula halus. Siap, makanlah. Jangan lupa baca basmallah.

Aku dapat dalam 3 dozen. Goreng 2 dozen, lagi 1dozen goreng separuh masak dan bekukan.

Selamat mendonut. =)




Tuesday, September 2, 2014

Marah?

"Rasa nak marah je hari ni, rasa nak hempuk kerusi kat orang je, rasa nak jerit kat muka orang je"

Choop...choop... 
Oii...garangnya dia marah. Sabar yeee... Kalau awak² rasa nak marah, tengah marah ke, marah sebab dimarahi boss, marah sebab sesaje marah (ehhh, ada ke manusia gini??)...
Haa..meh kita scroll down, baca tips² hilangkan amarah dalam diri awak² tu...

Tips menghilangkan rasa marah dalam islam 

1) Ubah posisi duduk 

Kalau awak² masa tengah berapi² marah masa sedang berdiri, ubah sikit posisi tu kepada duduk. Haip..haip.. bukan meniarap, duduk. Jangan langkau step. 
Dari duduk kepada baring.
Seperti sabda Rasulullah SAW ,

"Apabila salah seorang daripada kamu marah , dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk . Kerana hal itu akan menghilang marahnya . Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring"(Riwayat Muslim)

2) Ambil wudhuk

Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan marah . Sebab berwudhuk ni menyiram api kemarahan. 

"Marah itu datangnya dari syaitan , dan syaitan itu diciptakan dari api , sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air  . Oleh itu , apabila seorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia berwudhuk"(Hadis riwayat Abi Daud)

3) Meminum air 

Meminum air juga boleh meredakan rasa marah . Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan. Sebolehnya minum air sejuk, kang minum air panas kang, dah lah tengah panas, minum air panas bertambah² panasssslah pula kita ni ye.

4) Berdiam diri apabila marah 

Haa..yang ini M sendiri pun syorkan sangat pada awak² masa tengah marah. Sebab bila tengah marah ni syaitan syok dok simbah minyak lagi. Jadi, memang masa ni mulut tengah lancang, dari awak² terkeluar benda² tak patut dan menyesal di kemudian hari, baik diam.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif 
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggikan suara . Tapi seeloknya kita kawal ia baik-baik . 'Try to slow talk' dan tidak memekik atau bersikap garang .

6) Calm and take a deep breath in

Bertenang, tarik napas dendalam. Bagi oksigen kat otak. Lepas tu, slow talk dengan seseorang.

7) Keluar dari rumah 

Kalau rasa diri dah hot melampau, bawalah daku pergi diri keluar dari rumah. Supaya perkara diluar jangkaan tak berlaku.


Doa reda kemarahan :


Maksudnya : " Aku berlindung dari kepada Allah dari syaitan terkutuk . Ya Allah , ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk"